feel free to navigate around. this true story is being told one by one from the beginning through my own experiences. FOLLOW | DASHBOARD.
Little Piece Of Demon


entries | profile | tagboard

Sunday, 8 September 2013
makhluk berbulu menghisap darah pad

kisah ini bermula ketika aku sudah mencecah umur 13 tahun. ini kali pertama aku akan duduk di hostel. sebelum ini aku tidak pernah berpisah dengan ibu ayah ku. sudah tiba masa aku untuk menjadi dewasa. setelah beberapa bulan bergelar budak hostel , maklumlah budak form 1 sentiasa dikaitkan dengan masalah bau badan *tolak aku* , kerek la , kebersihan la -,-'

pada suatu malam itu , kami dikejutkan dengan jeritan senior kes buang pad merata - rata. yang paling sengal sekali pad tu masih berdarah. selama beberapa minggu tiada siapa peduli akan kotoran itu.
malam itu dikhabarkan ada seorang budak terserempak dengan benda itu sedang menghisap darah pad yang ada di dalam toilet di atas tempat pam. mengikut cerita yang disampaikan benda itu bertubuh besar , berambut panjang dan badannya penuh dengan bulu. tidak pula kami diberitahu siapa budak yang bernasib malang itu. sehinggalah pada suatu malam terjadinya kes member aku , nadia , dirasuk oleh benda tu. pada awalnya kami tidak nampak sebarang perubahan pada dia , sehinggalah salah seorang daripada kami menegur dengan sikap aneh dia. diam sahaja dan menghempas loker. tiba - tiba budak yang mengur dia itu dicekik seperti orang yang sedang marah. pada awalnya kami ingat hanya gurauan. sehinggalah budak tu tadi menjerit minta tolong. semua orang lari keluar dari study room kerana takut. tiba - tiba terdengar bunyi gelak tawa yang mengilai kuat.meremang bulu roma kami.kami disuruh berkumpul di dining sambil memegang yassin.

semakin lama semakin ramai yang dirasuk.. menangis teresak-esak..gelak mengilai - ngilai...

kami yang masih dalam keadaan sedar dihuni rasa takut , menggigil dan ada yang menangis kerana takut.
seorang demi seorang dirasuk sehingga pengsan dan ada juga yang hampir terkena sawan.ustaz dan guru-guru warden yang lain resah menguruskan mereka yang terkena. aku masa tu duduk tepi pintu tiba - tiba budak belakang aku si kembar tu menjerit memarahi sesuatu pergi dari situ. "pergi kau ! pergiiiii !!! jangan kacau aku !!! pergiii" rupanya dia ternampak benda itu di pintu sedang memerhatikan kami sambil ketawa..

selama beberapa jam berlalu. tiba - tiba kami dikejutkan lagi dengan berita kereta ambulance accident dekat depan asrama kami , ada yang mengatakan berpunca daripada pemandu itu terlihat lintasan sesuatu di jalan raya. keadaan kembali pulih setelah beberapa jam dan kami terus diperintahkan oleh ustaz supaya buat pagar dalam hostel dan semua dorm. malam itu berlalu dengan ketakutan. kami masing - masing merapatkan katil dari hujung ke hujung supaya jika berlaku apa - apa kami akan tersedar. Alhamdulillah aku adalah calon yang terpilih untuk tidak kena benda-benda tu.

0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by Alternate and icons by Applepine.