Friday, 6 September 2013
'dia' sedang bergurau senda
kisah nie berterusan menganggu hidup ibu aku pulak..
ibu aku nie rajin bangun pukul 4-5 pagi memasak. mula - mula tu tak ada apa la sangat kan. ibu aku ignore je bunyi - bunyian yang ada kat situ. setelah beberapa hari ibu aku pelik sebab ibu aku selalu cakap ibu aku ingat ada orang turun kat bawah , tapi bila dia pusing belakang tengok tak ada orang. lepas tu keesokkannya , macam biasa ibu aku turun nak masak. lepas tu tiba - tiba.. dia dengar bunyi bola golf melantun dekat dalam stor. ibu endahkan. tapi makin hari makin rajin pulak bola tu melantun , macam saja je nak buat gempak. ibu pun beranikan diri tengok dalam stor sebab ibu dah lama buang bola golf yang ayah pernah bawa balik dulu. entah macam mana benda tu still berbunyi dan setiap hari mesti akan terdengar orang berlari - lari dekat tangga. bila check , tak ada. bila dah lama - lama tu ibu malas nak layan katanya. dia biar je apa nak jadi pun. bila semua dah okay , datang pula kes ayah kena kacau..
malam tu ibu dan kami sekeluarga balik kampung...ayah kerja tak menentu masa. malam tu ayah balik pukul 3 pagi. ayah ingatkan ibu tak jadi bermalam di kampung. dia tengok ibu dekat pintu , tapi berpakaian serba hitam dan tudung menutupi muka , tak bagi salam. ayah dah dapat rasa yang itu bukan ibu , kata ayah 'dia' terus melulu untuk masuk ke dalam rumah , dia main achicak dengan ayah , ayah pandang benda tu hilang , bila ayah tak pandang dia try masuk. lepas tu ayah gertak 'dia' , ayah maki hamun dia. ayah cakap "kau siapa ? aku tau siapa tuan kau.." terus benda tu hilang daripada pandangan mata. sejak daripada tu , pelbagai peel la yang berlaku di dalam rumah kami sehingga sampai sesak - sesak nafas la gara - gara ketakutan. nak tunjuk berani sangat pun tak boleh , nak tunjuk takut sangat pun tak boleh , lagi la benda tu suka menyakat. so kena bajet - bajet sikit la gayanya kan...
0 loner (s)


