feel free to navigate around. this true story is being told one by one from the beginning through my own experiences. FOLLOW | DASHBOARD.
Little Piece Of Demon


entries | profile | tagboard

Sunday 11 January 2015
Jiran. (Part 1) ...

Masa ni aku dah form 4, sejurus lepas aku keluar asrama, aku duduk dengan parents aku.

Punca utama ialah : kain buruk 
Kain buruk ni kami baru sidai untuk beberapa tahun. Kami sebenarnya bukan niat nak sidai pun kain buruk kat pagar. Kami hidup berjiran, rumah teres. Korang bayangkanlah 7 tahun kami terpaksa hadap jiran aku ni sidai spenda buruk dia hujan panas hujan panas naik berkulat spenda tu. -_-".

Pada suatu tengah hari, abang aku time tu kebetulan tengah cuti sem. Dia pun baru balik kerja. Tetibe dia bukak pintu dia terus tanya kat aku pasal kain buruk yang kami sidai tu bersepah depan muka pintu. Aku pun buat muka blur la sebab pada asalnya memang aku ingat ayah aku yang saje letak kain tu kat situ. Rupanya bukan. Abang aku pun marah-2 la pasal kain tu.

Abang aku sangkut balik dekat pagar tu nak tengok akal siapa yang baling tu. Tapi kami mematikan diri dalam rumah sambil menyaksikan gelagat jiran kami ni : Suspek utama.

Keesokkannya perkara yang sama berulang lagi sekali. Kain bersepah depan muka pintu ...

Tak lama lepas tu, jiran aku ni pun keluar rumah. Maybe dia dengar kot apa yang abang aku mengamuk tu. Maklumlah kawasan kejiranan aku ni penuh dengan kaki wireless bergerak.
Apa lagi abang aku tanya la jiran aku ni,

"Assalamualaikum, ha ni nak tanya la sikit, pakcik ke yang buang kain buruk dekat depan muka pintu rumah saya ni?"

Pakcik ni pun jawablah,

"Ha ye aku yang buang, apasal ?"

"Kenapa pakcik buang ? Saya rasa keluarga saya tak cari pasal pun dengan pakcik. Yang pakcik sekarang nak cari pasal dengan kami kenapa ?"

"Arghh kau orang muda apa tau ? tak pikir ke sedara mara datang tengok kain buruk bersidai dekat pagar. Tak rasa malu ke ?"

"Habis tu yang pakcik sekeluarga tu sidai spenda koyak apa semua lebih dari 7 tahun kami tak bising pun. Ingat kami tak malu ke sedara mara kami datang tengok spenda pakcik anak-beranak tu?!"

Maka berlakulah perbalahan antara dua lelaki ni. Abang aku dengan jiran aku ni.
Masing-masing berlengan, bersiku apa semua. Tak lama lepas tu bini dia pulak keluar pukul-2 abang aku.
Apa lagi mak aku pun bertindak agresif la demi pertahankan anak sendiri kan.

Aksi pukul memukul berlaku. Tapi takde la macam dalam drama tu sampai lebam sana sini. Ringan jela, walaupun aku dan abang-2 aku ni juara wrestling suatu ketika dulu. hahahahambarhaha.

Mak aku pun telefon polis. Lantas, si jiran aku ni sekeluarga pun keluar la buat report polis. Kami settle dengan cara si laki bini ni mintak maaf dekat abang aku depan-2. Itupun ambik masa lebih dari 3 hari.

Keadaan menjadi aman sehinggalah pada suatu hari ...


Ni tak berapa mistik kan ? haa sabar ada part 2. 

Tunggu ...

0 loner (s)
Jiran. (Part 2) ...

Rupanya yang ku sangkakan indah, hanya indah pada khabar tidak pada rupa. *miming Hang Tuah*

Okay, sambungan daripada part 1.

Rupanya dalam diam jiran aku ni bukan mintak maaf sesaja. Ada isi rupanya. Tapi family kami sorang pun tak terfikir sampai ke tahap tu.

Pada suatu hari, mak aku ni pergilah berubat, time tu sebab apa pun aku lupa. Tapi yang pasti kali kedua aku pergi dengan acu aku, mak aku, abang aku time tu memang la macam cuak jugak la orang cakap kan. Tapi watlek ah, bukan boleh nampak pun benda-benda macam ni. Melainkan "dia" yang offer nak tunjukkan diri pada kita. Apa pun Tawakaltu Alaallah.

Isteri kepada pakcik M ni pun berubat la mak aku, buang apa yang patut kan. Tak payah cite lebih la rasa korang dah cukup bijak untuk tahu buang apa.

Tengah mak aku dalam proses berubat tu, abang aku pulak buat hal. Tetiba dia pergi ketuk meja kaca suami isteri ni punya meja. Nasib tak pecah. Kalau tak berapa riban pulak nak kena bayar.

Pakcik tu dapat hidu dah abang aku ni. Pakcik tu tanya,

"Kamu kenapa ?" 

dia saje nak uji. Tetiba abang aku ni macam orang tengah bengang marah apa semua la. Pakcik tu bawak abang aku masuk bilik khas sementara tunggu mak aku habis proses rawatan dia.

Aku pulak daripada kecik memang pelik sikit, so time abang aku hilang dari pandangan tu, makcik tu tanya aku seolah-olah dia dapat baca apa yang aku bisik dalam hati aku.

Makcik tu tanya,

 "Adik ada rasa pape ke kat situ ? Rasa panas ke apa ke ?"

Aku pun jawablah dengan jujur,

"Ada, telinga belah kiri panas lebih kurang sebelah badan la panas."

Beberapa minit kemudian, "haba" tu hilang. Makcik tu pun bagitau la,

"Sebenarnya "dia" dekat sebelah adik tadi. Tu makcik tanya"

Hoi , korang agak aku patut buat tindak balas apa -_-"

Cuak ah mesti. Gila tak cuak. Bulu roma aku separuh tegak. Tapi buat cool jela.

Acu aku tanya,

 "kamu ni tak takut eh? rilek je. Acu tak rasa apa-2 pun"

Acu aku tak tau perasaan aku time tu. Tapi sebab pengalaman sedikit sebanyak membantu la jugak aku tahan apa aku rasa.

Makcik tu pun sambung la bercakap dengan mak aku, pasal abang aku. dia kata kalau mak aku tak dirawat maknanya akan berlaku perpindahan.

 Ha tau "perpindahan" kan. So untuk elakkan benda tak baik berlaku. Abang aku dirawat time tu jugak. Lagipun rupanya abang aku sudah 'ditakhluk' oleh benda lain. Datangnya dari jiran aku.

Haa nak tahu apa jadi ? Jeng jeng jeng ...

Ada part 3.

Sabar okay. Kalau cerita semua satu malam tak best ah.

Ye dak ?

Harap jadi pembaca setia blog ni. Kalau ada sebarang pandangan tinggalkan komen dekat "TAGBOARD". Gerakkan je mouse korang ke perkataan 'tagboard' tu then click situ. Macieh.

0 loner (s)
Saturday 10 January 2015
Si baju oren...

Fuhh fuhh tiup sikit debu habuk segala macam jenis saiz dan bentuk.

Kisah ni bermula tak berapa lama lepas insiden "ehem ehem" tu. Pagi tu kawan baik aku si S ni pergi la mandi dengan kawan dorm dia. Yelah time tu baru form 1 kau bayangkan la kalau tak mandi awal sama ada terbabas ataupun kau bakal pergi sekolah lambat sebab mandi lambat. Nasib la sekolah celah kangkang kera je.

Kawan aku si S ni dah lepas mandi pukul 4 pagi tu, dia pun duduk kat luar benteng depan tandas berdekatan dengan dorm aku. Dorm aku time tu paling hujung dekat dengan tandas. Lepas tu si S ni pun ralit la tunggu si M ni. M ni mandi lama sangat kot, aku tak tau la. Yela, kebersihan tu separuh dari iman. :)


Tengah si S ni dok syok main baldi dia, tetiba dia nampak "aku" tengah berdiri dekat hujung koridor tu pakai baju oren favorite aku time form 1 tu. Ehek. Dia pun tak tegur la sebab dia rasa pelik...
.
Maklumlah nampak BAJU je. Yang lain erm, hakak biarkan korang bayangkan sendiri.

Si S ni pun apa lagi dupp dapp dupp dappp ah. Dia pun jerit kat si M ni,

  "Erm M, kau lama lagi ke ? cepat sikit boleh tak ?" 

5 minit lepas tu si M ni pun keluar. Dia punya bulu roma tegak tuhan jela yang tahu. Sebab time tu aku tengah nyenyak tidur. Lagipun aku ni bukannya berani sangat nak pergi tandas sengsorang pepagi buta yang dingin hening tu. Perghh mak tak sanggup >.<


Esoknya si S ni pun dengan perasaan takut-2 terus la bukak muqadimah dia. Apa lagi sejak tu aku tak pakai dah baju tu, bukan sebab takut sangat tapi sebab makin membesaww kao tahu ? HAHAHA. Cerita ni kami berdua je yang tahu. Kes ditutup demi menjaga keselamatan yang lain.


K.

Sampai di sini sahaja nukilan pada pagi ini.

0 loner (s)
OLD |
Template by Puffnuts. Background by Alternate and icons by Applepine.