feel free to navigate around. this true story is being told one by one from the beginning through my own experiences. FOLLOW | DASHBOARD.
Little Piece Of Demon


entries | profile | tagboard

Saturday, 10 January 2015
Si baju oren...

Fuhh fuhh tiup sikit debu habuk segala macam jenis saiz dan bentuk.

Kisah ni bermula tak berapa lama lepas insiden "ehem ehem" tu. Pagi tu kawan baik aku si S ni pergi la mandi dengan kawan dorm dia. Yelah time tu baru form 1 kau bayangkan la kalau tak mandi awal sama ada terbabas ataupun kau bakal pergi sekolah lambat sebab mandi lambat. Nasib la sekolah celah kangkang kera je.

Kawan aku si S ni dah lepas mandi pukul 4 pagi tu, dia pun duduk kat luar benteng depan tandas berdekatan dengan dorm aku. Dorm aku time tu paling hujung dekat dengan tandas. Lepas tu si S ni pun ralit la tunggu si M ni. M ni mandi lama sangat kot, aku tak tau la. Yela, kebersihan tu separuh dari iman. :)


Tengah si S ni dok syok main baldi dia, tetiba dia nampak "aku" tengah berdiri dekat hujung koridor tu pakai baju oren favorite aku time form 1 tu. Ehek. Dia pun tak tegur la sebab dia rasa pelik...
.
Maklumlah nampak BAJU je. Yang lain erm, hakak biarkan korang bayangkan sendiri.

Si S ni pun apa lagi dupp dapp dupp dappp ah. Dia pun jerit kat si M ni,

  "Erm M, kau lama lagi ke ? cepat sikit boleh tak ?" 

5 minit lepas tu si M ni pun keluar. Dia punya bulu roma tegak tuhan jela yang tahu. Sebab time tu aku tengah nyenyak tidur. Lagipun aku ni bukannya berani sangat nak pergi tandas sengsorang pepagi buta yang dingin hening tu. Perghh mak tak sanggup >.<


Esoknya si S ni pun dengan perasaan takut-2 terus la bukak muqadimah dia. Apa lagi sejak tu aku tak pakai dah baju tu, bukan sebab takut sangat tapi sebab makin membesaww kao tahu ? HAHAHA. Cerita ni kami berdua je yang tahu. Kes ditutup demi menjaga keselamatan yang lain.


K.

Sampai di sini sahaja nukilan pada pagi ini.

0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by Alternate and icons by Applepine.