Friday, 6 September 2013
hantu raya
time nie aku darjah 6..
selama beberapa hari aku dan family diganggu oleh makhluk yang tidak diketahui dekat atas bumbung. nak upsr aku nie , dan dan la ada menatang apa tah. at first , kami ingat kucing jalan - jalan dekat atas bumbung. so disebabkan ibu aku dah tak tahan , pada satu malam tu , ibu aku ketuk ceiling dengan kayu mop. sambil cakap "hoi , sapa kat atas ni ha ???! kalau kau berani tunjuklah muka kau ! aku nak tengok sapa penyangak mana yang berani dekat atas nie." tiba - tiba keadaan menjadi senyap. aku saling berpandangan dengan abang aku. abang aku suruh aku abaikan.
keesokkannya...
aku lihat dada ibu sudah lebam kemerah - merahan yang sangat besar. macam cop bentuk tangan lelaki. rupa - rupanya ibu ceritakan balik peristiwa yang berlaku malam tadi. time kami semua nyenyak tidur.. ibu telah diganggu oleh makhluk berbulu yang dikatakan hantu raya. ibu cuba untuk menggapai - gapai aku untuk kejutkan aku. tapi aku tidak bangun langsung. tidur dengan lena sekali. ibu hanya mampu membaca doa di dalam hati kerana kata ibu 'dia' mencekik ibu sehinggakan suara ibu tak boleh keluar dan time baca doa dalam hati tu pun tersekat - sekat. setelah usaha yang sangat payah , akhirnya ibu berjaya membuatkan makhluk tersebut hilang dari pandangan. cerita berakhir dengan semua orang terkejut....
petang itu , ayah baru pulang daripada tempat kerja. tiba - tiba ayah mengamuk dan memanggil aku dan abang - abang. ayah bertanya siapa yang buat katil dia menjadi patah dan bengkok sehingga menjadi bentuk seperti huruf 'V'.. yang anehnya , kami tidak perasan ketika lalu lalang di depan bilik ayah. masing - masing tak mengaku , yelah macamana nak mengaku kalau katil besi boleh patah macam tu sekali --' , ibu memberitahu ayah apa yang telah berlaku semalam. dan akhirnya kami mencapai satu konklusi di mana , makhluk tersebut telah 'landing' atas katil ayah. akhirnya ayah berdiam sahaja.
0 loner (s)


