Thursday, 5 September 2013
bayangan bertanduk..
kisah ini bermula sewaktu aku berusia 6 tahun..
aku tidur sendiri sejak usiaku mencecah 6 tahun , kononnya ibu mahu mengajar aku untuk berdikari.
malam itu aku berasa tidak sedap hati , lalu aku membiarkan pintu bilik aku terbuka. malam - malam sebelum ini aku tidak pernah membiarkan pintu aku terlapang. tapi pada malam itu aku buat begitu. aku memandang ke arah sekelilingku. peluh mula membasahi muka.
tepat pada pukul 12 malam.. *tengok jam*....
aku memandang ke arah tangga rumahku. memandangkan rumahku dua tingkat jadi sudah tentulah ada tangga kan ? *haha* aku melihat suatu bayang - bayang bertanduk yang sedang memegang lembing yang seperti lembing syaitan yang dibayangkan di dalam kartun - kartun di tv. aku terus menjerit dan menangis. ketika itu semua orang sudah tidur. aku sahaja yang masih berjaga. aku mengejutkan seisi rumah..aku dimarahi abang kerana menjerit pada waktu sebegitu. tetapi abang terus berhenti apabila melihat aku menangis. ibu juga.. mereka bertanya mengapa aku menjerit dan menangis. aku memberitahu yang aku terlihat bayangan itu. ibu yang sudah tidur dan mamai terus menyuruh aku tidur di biliknya pada malam itu. tapi aku terus menangis.. abang tolong aku angkat bantal dan tilam aku. sejak dari peristiwa itu aku tidur dengan ibu. dan aku menjadi anak yang jahat kerana memisahkan ayah dan ibu yang sebelum ini tidur bersama *kejam*..
setiap kali aku berada di rumah itu keseorangan pelbagai benda bermain di fikiranku :( aku takut...kerana aku masih budak dan tidak tahu apa tindakan yang harus aku ambil.
sejak daripada peristiwa ini juga aku terus diganggu dengan pelbagai lagi perkara.. kisah seram ini terus berlaku dan berlaku...
p/s : teruskan membaca dan mengikuti blog ini ^(~.~)^
0 loner (s)


