feel free to navigate around. this true story is being told one by one from the beginning through my own experiences. FOLLOW | DASHBOARD.
Little Piece Of Demon


entries | profile | tagboard

Thursday, 5 September 2013
buku lali hitam..

kisah ini masih ketika aku berumur 6 tahun...*kisah kedua*

aku selalu ditinggalkan di rumah keseorangan kerana kesibukan ibu dan ayah bekerja. abang - abang pula masih bersekolah dan selalu pulang lewat. sementara menunggu kepulangan mereka , aku duduk di tingkat bawah rumah aku sambil menonton televisyen. sedang aku asyik melayan perasan menonton tv , tiba - tiba aku tergerak hati nak menjenguk ke arah tangga....

dan apa yang aku lihat buat pertama kali ialah......

jeng - jeng - jeng.......

aku nampak buku lali kaki berwarna hitam sedang naik menuju ke tingkat atas. aku hampir menangis ketika itu kerana memikirkan aku masih budak. bayang - bayang kaki itu begitu cepat hilang. aku tidak berani untuk mengikuti bayangan kaki itu... aku terus berdoa supaya ayah dan ibu cepat pulang. peluh semakin membasahi dahiku. aku semakin takut.. aku semakin resah. aku hanya mampu berdiam dan terpaku sambil pandang ke arah sekelilingku. nafas dadaku semakin sesak.. aku cuba memejamkan mata untuk lupakan seketika apa yang aku lihat sebentar tadi..

kemudian...

aku dikejutkan dengan bunyi kereta ibu. aku masih tidak mampu berbuat apa - apa. hati aku hanya menjerit supaya ibu cepat masuk ke dalam rumah..
malam itu , aku bercerita kepada ibu apa yang berlaku.. ibu seolah - olah tidak percaya kerana sebelum ini tidak pernah terjadi apa - apa. tapi ibu masih menenangkan aku..

0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by Alternate and icons by Applepine.