feel free to navigate around. this true story is being told one by one from the beginning through my own experiences. FOLLOW | DASHBOARD.
Little Piece Of Demon


entries | profile | tagboard

Thursday, 5 September 2013
"ibu" menuju ke bilik

selepas tragedi buku lali hitam itu...*setahun kemudian*

malam tu ibu memberitahu yang dia mahu ke bilik ayah untuk berurut disebabkan sakit badan. aku masa kecik - kecik dulu takut gelap.. lepas tu aku pun lepak kat bilik abang aku dua orang tu. sembang punya sembang sampai tak sedar dah pukul 12 lebih. malam tu ibu pakai baju tidur berwarna hijau.. aku ingat dengan tepat sekali. abang aku halau aku daripada bilik. kata mereka nak tidur. *konon jela* lepas tu time aku tengah duduk ralit gelak - gelak , aku dan abang - abangku masing - masing pandang ke arah luar bilik sebab terdengar bunyi orang sedang buka pintu , dan kami ternampak ibu sedang menuju ke bilik dan terdengar bunyi lampu bilik dibuka. tapi....... dengan berpakaian tidur berwarna merah.hati aku berkata bahawa ibu memakai baju warna hijau tadi. dan walaupun bunyi pintu bilik seolah - olah dibuka tapi ruang bilik ayah gelap. seperti tidak berlampu. wajah ibu langsung tidak kelihatan. aku hanya nampak tubuh badannya yang sudah hilang separuh di balik pintu. kemudian abang tolak aku sambil cakap "dah pergila masuk tidur , umi dah masuk bilik dah tu.. lagipun nie bilik lelaki..". aku beritahu abang "tu bukan mama la , sbb mama pakai baju warna hijau tadi. yang tu pakai baju warna merah." aku tidak nampak langsung muka ibuku. sepatutnya jika dia mahu ke bilik sudah pasti dia mengajak aku turut sama. tetapi tidak.. abang , "eee. dah la. tu umi... pegi jela tengok !" abang memarahi aku. aku pun memberanikan diri menjenguk dari arah pintu ke bilik mak aku.. GELAP.....*meremang bulu roma aku* dan aku terus melompat ke atas katil abang aku sambil menjerit.. "tu bukan mama la ! adik dah cakap tadi.." abang masih tidak percaya..

tidak lama kemudian....

pintu bilik ayah aku dibuka , dan lampu bilik ayah terpasang kerana ayah belum tidur. dan wajah ibu tersembul dari ruang pintu bilik ayah dan dia mengajak aku ke bilik. aku pandang abang - abangku. masing - masing terdiam dan terus selubungkan diri kerana sangkaan mereka yang aku cakap tu tak benar. *sambil selubung dengan selimut , abang menyuruh aku kunci pintu terus* aku hanya tergelak kecil kerana kata - kataku adalah benar. penakut jugak abang - abang aku nie ~ haha.

keesokkannya , aku cerita kepada ibu apa yang berlaku pada malam tadi dengan sedetail - detail yang boleh. dan ibu hanya terdiam kerana dia sudah biasa mendengar aku cerita itu ini itu ini..

peristiwa malam tu tidak akan aku lupakan..




0 loner (s)
| NEW
Template by Puffnuts. Background by Alternate and icons by Applepine.